Popular Posts
-
assalamualaikum..! hehe..nama aku salma tp org ske pggl ma jek..dlu aku de fb aku pdm..aku de blog aku pdm..skg ni aku da kene start blk..bo...
-
dada..! this is my group..owh..miss this moment damn much..haha..first join kursus ni..i think..urgh..! such a boring.. but after we had man...
-
everyone gonna got married after this..my cousin, my bro n sis.. me...?? insyaALLAH...ada rezeki...lpas hbs blaja ni..only 7-8 ...
-
i love them as much as i love chocolate..hehe..they are my soulmate lah.yg in black scarf tu name die zulaiha..sgt lembut dan sopan..as firs...
-
just imagine how we are every one day in a week for 3 hours...such a boring! but this is last class for us..almost 200 people in that hall.....
-
dari kecik kita ngan family kita..then bila da besar terpaksa bwk haluan sendiri..tp x bermakna kita lupakan diorg kan?? diorg tetap di cart...
-
handset aku wat problem la..haiii..tu la..pakai mcm bkn anak dare yg pakai..kan da kene hantar kedai..sedih aku..skang empty laa without fon...
-
satu kelas sedih sangat hari ni..lecturer keayangan kitowg mrh tp x mrh..but die nangis..syg sgt2 kat miss shila..kami mtk maaf sgt tau pua...
-
salam... nak cita ckit.. cite simple ja..tp penuh dgn kekesalan..sob..sob... jahat la awak salma..ridiculous! nie peugeot 206..abuya be...
-
fuhh..!! kejang mulut aku dok senyum jew..da r dr kecik aku x ske senyum..haha..skang je da blajar senyum ayu..kiki...ntah cane nak kawin...
Wednesday, 2 May 2012
lari lagi (2)???
"Dah malam ni..aku nak pergi mana? kalau setakat naik flight, ok lah..ini...." perlahan umi kamilia menggumam..pelik benar keadaannya ketika ini..dengan pakaian serba mewah, bagasi besar jenama LV, umi kamilia sedang berada di bawah pondok bas!! tiap kali kenderaan lalu pasti penumpangnya menoleh pada gadis itu..
"peewiittt! awek cun kot..." kuat pula suara driver kancil itu! 'isyh..sudahlah kereta buruk..perangai pula dh macam kera terlepas dari zoo.." dengan bebelan perlahan, sempat umi kamilia menjeling beberapa pemuda di dalam kancil itu..
umi kamilia tahu..abahnya tidak kejam untuk menyekat kad kredit nya dan membekukan akaunnya..tetapi umi kamilia diterpa perasaan malu dan bersalah andai dia bergantung pada abah setelah apa yang dia lakukan..perit hatinya meninggalkan villa orkid..tapi perit lagi hatinya apabila melihat pemergian abah dan tangisan mamanya.. mereka adalah segalanya buat umi kamilia..
sedang fikirannya masih bercelaru, matanya sempat menangkap kelibat seorang pemuda yang mendekatinya sambil terhuyung-hayang.."tell me what you feel..oh no..." umi kamilia dapat mendengar dengan jelas setiap bicara lelaki itu.. "huh! lagu feveret aku tu! buruk bebenor bila dinyanyikan orang mabuk....nanti....orang mabuk??" umi kamilia tergesa-gesa ingin meninggalkan tempat itu..belum sempat dia menarik bagasinya..terasa sangat berat..'eh, pasal apa berat ni? perlahan umi kamilia berpaling..ingin melihat keadaan beg nya..maunya tersangkut pada tempat duduk,parah juga.. sayang sungguh dia pada begnya yang satu itu! ' huuuummmmpphh??' " oih orang mabuk! syuh..syuh...bangun kau dari beg ni!" panas sungguh hatinya melihat badan pemuda itu sudah terbaring di atas beg LV nya..
"ika, maafkan abang..i didn't meant to hurt you.." pemuda itu terus merepek..'agaknya dia ingat beg aku awek dia ke? tak boleh jadi...'dengan segenap kudrat wanita yang ada dalam dirinya, pantas umi kamilia menolak tubuh sasa pemuda itu.. sebaik sahaja terlihatkan wajahnya...
"huh, muka handsome tapi perangai..." suara kuat umi kamilia menyedarkan sedikit pemuda itu..
"eh..apa pegang-pegang ni..bukan muhrim..." namun pemuda itu kembali rebah.. umi kamilia mengetap bibirnya kuat-kuat..terasa mahu disekeh kepala lelaki itu..' aku pun tak hingin pegang orang mabuk macam kau..tahu pulak hukum agama..sekarang ni apa??' namun rasa marahnya ditahan di dalam hati..ingin mengamuk, bimbang juga dia andai lelaki itu bangun dan buat sesuatu terhadapnya..umi kamilia terdiam sejenak..terus dia berdiri..terasa lenguh duduk mencangkung lama ketika mengalihkan tubuh lelaki itu..
'dah makin lewat malam ni..tempat tinggal aku pun tak tahu lagi..nak pergi, hati aku yang baik ni tak sampai hati..'
"arghhh! spontan umi kamilia menjerit kuat. mujurlah di pondok bas itu hanya dia dan lelaki itu..dan lelaki itu pun masih tidak sedarkan diri..dengan pantas umi kamilia mengeluarkan ipadnya dan menghubungi teksi.. nampaknya sepanjang penantiannya di pondok bas sejak dua jam lepas hanya sia-sia...'agaknya kawasan ni dah tak de bas kot..semua set datuk-datuk kat sini..bas pun tak laku..bisik hati kecil umi kamilia..
deruman enjin teksi menyedarkan umi kamilia..pantas dia mengetuk cermin teksi itu..
"uncle..you boleh tolong hantar saya ke mana-mana hotel tak? then uncle tolong hantar ini lelaki ke balai polis.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment