Popular Posts

Wednesday, 2 May 2012

lari lagi (2)???


"Dah malam ni..aku nak pergi mana? kalau setakat naik flight, ok lah..ini...." perlahan umi kamilia menggumam..pelik benar keadaannya ketika ini..dengan pakaian serba mewah, bagasi besar jenama LV, umi kamilia sedang berada di bawah pondok bas!! tiap kali kenderaan lalu pasti penumpangnya menoleh pada gadis itu..
"peewiittt! awek cun kot..." kuat pula suara driver kancil itu! 'isyh..sudahlah kereta buruk..perangai pula dh macam kera terlepas dari zoo.." dengan bebelan perlahan, sempat umi kamilia menjeling beberapa pemuda di dalam kancil itu..
umi kamilia tahu..abahnya tidak kejam untuk menyekat kad kredit nya dan membekukan akaunnya..tetapi umi kamilia diterpa perasaan malu dan bersalah andai dia bergantung pada abah setelah apa yang dia lakukan..perit hatinya meninggalkan villa orkid..tapi perit lagi hatinya apabila melihat pemergian abah dan tangisan mamanya.. mereka adalah segalanya buat umi kamilia..
sedang fikirannya masih bercelaru, matanya sempat menangkap kelibat seorang pemuda yang mendekatinya sambil terhuyung-hayang.."tell me what you feel..oh no..." umi kamilia dapat mendengar dengan jelas setiap bicara lelaki itu.. "huh! lagu feveret aku tu! buruk bebenor bila dinyanyikan orang mabuk....nanti....orang mabuk??" umi kamilia tergesa-gesa ingin meninggalkan tempat itu..belum sempat dia menarik bagasinya..terasa sangat berat..'eh, pasal apa berat ni? perlahan umi kamilia berpaling..ingin melihat keadaan beg nya..maunya tersangkut pada tempat duduk,parah juga.. sayang sungguh dia pada begnya yang satu itu! ' huuuummmmpphh??' " oih orang mabuk! syuh..syuh...bangun kau dari beg ni!" panas sungguh hatinya melihat badan pemuda itu sudah terbaring di atas beg LV nya..
"ika, maafkan abang..i didn't meant to hurt you.." pemuda itu terus merepek..'agaknya dia ingat beg aku awek dia ke? tak boleh jadi...'dengan segenap kudrat wanita yang ada dalam dirinya, pantas umi kamilia menolak tubuh sasa pemuda itu.. sebaik sahaja terlihatkan wajahnya...
"huh, muka handsome tapi perangai..." suara kuat umi kamilia menyedarkan sedikit pemuda itu..
"eh..apa pegang-pegang ni..bukan muhrim..." namun pemuda itu kembali rebah.. umi kamilia mengetap bibirnya kuat-kuat..terasa mahu disekeh kepala lelaki itu..' aku pun tak hingin pegang orang mabuk macam kau..tahu pulak hukum agama..sekarang ni apa??' namun rasa marahnya ditahan di dalam hati..ingin mengamuk, bimbang juga dia andai lelaki itu bangun dan buat sesuatu terhadapnya..umi kamilia terdiam sejenak..terus dia berdiri..terasa lenguh duduk mencangkung lama ketika mengalihkan tubuh lelaki itu..
'dah makin lewat malam ni..tempat tinggal aku pun tak tahu lagi..nak pergi, hati aku yang baik ni tak sampai hati..'
"arghhh! spontan umi kamilia menjerit kuat. mujurlah di pondok bas itu hanya dia dan lelaki itu..dan lelaki itu pun masih tidak sedarkan diri..dengan pantas umi kamilia mengeluarkan ipadnya dan menghubungi teksi.. nampaknya sepanjang penantiannya di pondok bas sejak dua jam lepas hanya sia-sia...'agaknya kawasan ni dah tak de bas kot..semua set datuk-datuk kat sini..bas pun tak laku..bisik hati kecil umi kamilia..
deruman enjin teksi menyedarkan umi kamilia..pantas dia mengetuk cermin teksi itu..
"uncle..you boleh tolong hantar saya ke mana-mana hotel tak? then uncle tolong hantar ini lelaki ke balai polis.."

coretan rentak fikiran

LARI LAGI????


Teddy bear besar pemberian abah dipeluk lagi..juraian air mata semakin membasahi wajah..Tidak dihirau lagi wajah yang makin merah dan mata yang membengkak. Saat matanya terpandang simbol I LOVE U pada teddy bear itu,air mata makin galak menyimbah wajahnya..'mama,abah..cukuplah.jangan gaduh lagi..umi tak sanggup dengar'. Hati umi kamilia merintih..Sunnguh, andai waktu boleh diputar kembali. Andai doraemon wujud di muka bumi ini, pasti dialah orang pertama yang ingin masa kembali seperti dulu..'abah..kenapa abah berubah..abah dulu sayang sangat mama dan umi..'
Langkah umi menapak perlahan keluar dari bilik. Semakin jelas di penglihatannya mama terduduk lesu di atas sofa  dan langkah abah yang laju mendapatkan BMW 7 series kesayangannya..'Ah!pasti abah ingin ke rumah isteri mudanya..'sememangnya pernikahan abah dengan Puan Aini amat mengecewakan mama dan dirinya sendiri..tapi itu bukan salah abah..itu berpunca dari sikapnya sendiri..matanya terarah kembali pada mama yang masih mengelap air mata. "mama..." perlahan umi kamilia memanggil mama yang amat dikasihinya. "umi masuklah bilik.mama betul-betul tak dapat nak tengok wajah umi sekarang..apa salah mama,umi? kenapa rumahtangga mama yang menjadi mangsa atas kesilapan umi?apa silap mama sampai tuhan beri mama anak macam ni?"
Umi tak mampu menahan perasaannya lagi. Terus dia berlari mendapatkan mama. Ingin dipeluk tubuh itu agar kesedihan mama terubat. Ingin sujud pada kaki mama agar kesalahannya dimaaf. Tapi mama mengundur perlahan. "Tidak..umi jangan sentuh mama..sekarang baru nak menyesal? abah dah tinggalkan mama..belum tentu abah nak balik ke rumah ni lagi..bukan mama dan abah tak didik umi dengan agama! tergamak umi malukan kami sebegini.." mama merintih perlahan..namun masih jelas butir bicara mama di telinganya..mama terus menyarung tudung dan keluar..
"mama..abah..umi mintak maaf sangat" sebaris kata itu menyaingi langkah kaki nya ke bilik..seketika kemudian, umi keluar dengan membawa beg besar. 
"Eh..cik umi nak pergi mana ni? dengan berbaju kurung dan beg besar..cik, jangan lah begini..puan sayangkan cik..Dia hanya berasa sedih..nanti, dua tiga hari..ok lah.." mak midah menyapa umi kamilia..sedih sungguh dia melihat wajah basah umi kamilia..walaupun dia tidak pernah dilayan baik oleh umi kamilia,dia tetap berasa kasih dan simpati pada anak majikannya itu..
"mak midah,umi mintak maaf sangat dekat mak midah. umi tak pernah layan mak midah dengan baik..umi rayu..mak midah terimalah maaf umi..sebab mama dan abah tak mungkin maafkan umi lagi.."
Mak midah menggelengkan kepala..dia kenal dengan sikap keras hati umi kamilia. jika putih katanya, tidak boleh dikata hitam. Mak midah hanya mampu memerhati langkah umi kamilia meninggalkan villa orkid. sambil menyeka air mata yang mengalir perlahan, mak midah masuk ke dapur.
Villa orkid..segagah nama dan binaan villa mewah itu tak mampu pertahankan kedamaian keluarga itu...

P.S: aku buat pelan-pelan ja cerita ni..cadang mcm nak wat novel..agaknya 2020 siap la kot...hehehe...
xmau copy paste ok!! hak cipta terpelihara nih..hehe..peace!!!!