Popular Posts

Thursday, 19 January 2012

ALLAH GUIDING US TO THE LIGHT

bismillahirrahmanirahim..
ALLAH GUIDING US TO THE LIGHT
pertama kali aku melihat perkataan ini..aku betul-betul terpana..aku terasa ingin menangis..aku terasa kasih sayang ALLAH kepadaku sesungguhnya melebihi kasih sayang umi abuya kepadaku..kerana dalam dunia ini..aku mencintai umi dan abuya selepas ALLAH dan kekasihNya..
kalau didalami,dalam makna perkataan ini kan..?
ALLAH membimbing kita ke arah kebenaran..kerana kasih sayang ALLAH..aku dilahirkan sebagai seorang islam..melalui kasih sayangNya,aku dilahirkan dalam keluarga yang mengutamakan ALLAH dan islam..melalui kasih sayangNya,umi abuya didik aku dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang..'anak adalah amanah ALLAH'..
ALLAH guru terhebat..Dia mencipta langit dan bumi,haiwan dan tumbuhan,bulan dan bintang supaya kita berfkir..supaya melaluinya,kita dapat mengenali pencipta alam ini justeru berusaha menjadi hamba yang bertakwa..supaya melaluinya kita akan berasa kerdil,hina,miskin justeru tidak akan timbul segala perasaan riak dan sombong..
Dan dari sini...ALLAH ingin kita beriman kepadaNya..dan apabila hati..lidah..anggota..mengucap dan membenarkan kalimah syahadah..itulah saat dimana kita sedang berjalan di atas landasan yang betul,landasan menuju cahaya kebenaran..wallahualam.

No comments:

Post a Comment