Popular Posts

Monday, 13 February 2012

andai aku mampu..

Tuhan..
Andai aku mampu mencontohi kekasihMu..
kan ku didik jiwa ini supaya lebih mencintaiMu
kan ku jaga hati ini
supaya terlindung dari segala bisikan dusta..

Tuhan..
Andai ku mampu undurkan masa..
kan ku coret warna-warna bahagia
dalam kehidupan setiap insan yang ku sayang..
agar mereka tahu aku sangat menyayangi mereka..
bukan membenci..jauh sekali menyakiti..

Tuhan..
Andai ku mampu berdiri gagah..
kan ku tahan segala tangisan..
kanku simpan segala rintihan..
kan ku buang segala kesakitan..
biarlah di kemudian hari..
aku terasa hidup lebih manis dengan segala dugaan..

Tuhan..
aku tahu aku tidak mampu..
kerana segala kemampuan meski melebihi akal fikiran..
hanya milikMu..
aku sekadar hamba yang terbatas kemampuan
tapi aku tahu..
aku masih mampu..
aku masih mampu mengharapkanMu..
dan sekadar itu kemampuan aku..